Hidayah *

Dah beberapa hari kita berpuasa ni, makin banyak perubahan yang berlaku terhadap sekeliling aku. Aku harap aku dapat hadapi Ramadhan ini dengan tabah tetapi banyak persoalan menghantui aku. Ye, aku setuju, di bulan yang mulia ini, kita seharusnya melaksanakan tugas kita sebagai umat islam dengan lebih sempurna, lebih baik daripada bulan bulan lain. Jangan kata aku tak ada niat nak menutup auratku di bulan yang mulia ini. Sedikit sebanyak, terdetik. Setelah melihat beberapa orang yang telah mengambil keputusan untuk berhijab di bulan puasa ini dan selama-lamanya, hati aku terpanggil juga. Tetapi, banyak perkara yang aku risaukan. Memang nak pakai hijab pergi lecture, tapi kalau pg bazaar nanti aku tak pakai hijab, ape orang keliling kata ?
" Budak ni pakai tudung pg lecture je, pg tempat lain tak pakai pun. HIPOKRIT je"
Haa ungkapan ni aku pernah dengar awal bulan yang lepas selepas one of my friend cuba berhijab di bulan puasa tetapi gagal melaksanakannya ketika waktu selepas kuliah.

Aku bukan apa, keputusan aku apabila ingin berhijab nanti, aku nak segalanya hampir sempurna. Pemakaian biar lah sesuai dengan imej bertudung. Insyaallah. Aku tak nak lah, pergi lecture pakai, pergi Cafe tak pakai. Apa nak jadi ? Baik tak payah pakai kan ? Tapi untuk pengetahuan korang, perempuan yang tak berhijab ni tak sejahat mana yang korang fikirkan. Aku pun ada hati dan iman cuma seperti yang korang selalu cakap dgn mode hangat hangat tahi ayam " Tak dapat hidayah lagi laa tuuuu". Cynical sangat bunyinya. Aku pernah cuba berhijab dahulu tetapi gagal sebab aku pakai kerana dipaksa dan berumur agak muda lagi. Mungkin belum sampai waktunya. But I have to say this to myself, " "Bila nak sampai waktunya ? " Haishhh entah lah

Just nak korang tahu yang aku tengah mencuba. Jangan cakap aku tak pernah mencuba. Aku cuma takut kalau kalau aku gagal mengekalkannya. Orang kata, perempuan yang solehah akan dapat suami yang soleh. Ye, itu betul. Aku pun nak suami yang soleh, supaya boleh mendidik aku di hari mendatang kelak. Tutor Physics aku pernah bagi tazkirah pendek selingan tutor physics haritu. Dia kata kalau nak cari suami, carilah yang soleh. Yang sekurang-kurangnya tak tinggal solat. Sebab, lelaki, kalau kita simbah air panas sekalipun, dia takkan solat kalau dia tak solat. Haa ni apatah lagi yang kaki mabuk. Tak payah cerita lah kan. Orang lelaki untung sebab iman diorang tak tertera. Kalau lelaki pakai seluar pendek, takde hal. Tu perkara biasa je. Tapi kalau perempuan yang freehair, haa sosial, jahat ape lagi tah yang boleh dikatakan. Aku balik kampung selalu kena marah dgn nenek sbb tak berhijab.Nenek aku tawu ke abang aku baik ke jahat? * Bukan nak memerli atau ragu ragu. hanya sebagai contoh.Tak. Dia mesti kata abang aku budak baik. Lagi lagi time pg visit dia tu, hari jumaat. Abang aku baru balik solat jumaat so baju melayu pun tak sempat tukar. Belum pakai kopiah lagi.Dia dah panggil abang aku alim. Banyak kali aku cakap kat nenek, sampai masanya aku akan berhijab jugak. Aku nak IKHLAS melakukan 100%. Insyaallah.kalau dulu dia yang paksa, tapi nanti aku nak pakai dgn kerelaan aku sendiri.


so kesimpulannya tengok lah dalam beberapa hari atau minggu ni. Jika akan atau tidak, aku pun tak sure. tapi Jika aku cuba berhijab ke kelas, jangan panggil aku hipokrit ! Sekurang-kurangnya aku mencuba.


p/s : No Offense

0 comments: